Bagaimana untuk saya membuat pembelian di aplikasi My NJOI?
Anda boleh menambah nilai dari RM1 hingga RM250 untuk membuat pembelian
atau secara terus menerusi perbankan atas talian atau menggunakan kad
kredit/debit.
Pembelian dengan Aliran Baki Kredit (Saluran, Pek dan Filem)
Pengguna boleh memilih saluran/pek/filem yang ingin dibeli dan menekan
"Beli"
Pengguna boleh melihat dan memilih durasi saluran/pek/filem dan terus
membeli menggunakan baki kredit.
Selepas membeli, pengguna akan menerima status pemberitahuan yang
muncul memaklumkan pembelian berjaya dan pengguna akan dibawa semula
ke tab My NJOI. Pengguna akan melihat pembelian mereka.
Jika pengguna tidak mempunyai baki yang cukup, sistem akan muncul
dengan mesej memaklumkan kepada pengguna untuk membuat tambah nilai
seterusnya membuat pembelian sebaik tambah nilai berjaya.