NJOI HD

Saya adalah pelanggan NJOI baharu. Akses kepada Pek HD saya telah tamat tetapi saluran prabayar saya masih ada beberapa hari lagi sebelum tamat. Perlukah saya membeli Pek HD lagi untuk menikmati baki tempoh saluran prabayar saya?

Anda masih boleh menonton saluran prabayar sehingga ia tamat tempoh, walaupun Pek HD anda telah tamat. Namun, anda tidak akan dapat membeli saluran atau pek prabayar yang lain selagi Pek HD belum diaktifkan semula.

Pelanggan A telah membeli Pek HD dan Astro Ria pada tarikh tertentu dan Pek HD akan tamat 4 hari sebelum Astro Ria. Pelanggan A akan terus dapat menonton Astro Ria sehingga 5 Julai walaupun Pek HD tamat sebelum itu.