Panduan Isu Teknikal

Sila masukkan kad pintar NJOI yang betul dengan anak panah menghadap ke atas (S2)

LANGKAH 1

Padamkan kuasa kotak anda dan pastikan lampu adapter turut terpadam.

LANGKAH 2

Keluarkan kad pintar dengan perlahan dari bahagian depan atau kanan kotak anda. Pastikan lampu kuasa sudah terpadam.

LANGKAH 3

Lap cip emas pada kad pintar menggunakan kain yang kering dan lembut.

LANGKAH 4

Masukkan semula kad pintar anda dengan sepenuhnya. Pastikan cip emas menghadap ke atas.

LANGKAH 5

Hidupkan kuasa kotak anda dan pastikan lampu adapter menyala.

LANGKAH 6

Hidupkan kotak. Anda seharusnya tidak lagi mengalami isu ini.

Jika isu ini berterusan, sila hubungi kami melalui WhatsApp dan sertakan gambar General tab dalam STB DIAGNOSTICS untuk bantuan lanjut.