Panduan Isu Teknikal

Service Currently Not Available (SCNA)

Sila guna panduan ini jika cuaca baik. Jika tidak, anda boleh cuba lagi pada masa yang lain.

LANGKAH 1

Tekan butang HOME di alat kawalan dan menu utama akan muncul di bahagian bawah skrin anda.

LANGKAH 2

Gerakkan pilihan anda ke SETTINGS dan tekan OK

LANGKAH 3

Gerakkan pilihan anda ke STB DIAGNOSTICS dan tekan OK

LANGKAH 4

Rujuk kepada % kekuatan isyarat di bahagian kiri skrin. Jika 65% dan lebih, ia mugkin melibatkan isu saluran hilang.  

Pemasangan dalam masa 6 bulan (dalam tempoh waranti): Sila hubungi kami melalui WhatsApp atau Feedback Form dan sertakan gambar General tab dalam STB DIAGNOSTICS untuk bantuan lanjut.          

Pemasangan selepas 6 bulan (melebihi tempoh waranti): Terdapat caj RM65 untuk lawatan teknikal.

Jika anda setuju dengan caj ini, sila hubungi kami melalui WhatsApp atau Feedback Form dan sertakan gambar General tab dalam STB DIAGNOSTICS untuk bantuan lanjut.

Jika kekuatan isyarat dibawah 65%, sila ke Langkah 5.    

LANGKAH 5:

Padamkan kuasa kotak anda dan pastikan lampu adapter turut terpadam.

LANGKAH 6

Buka skru dan cabut kabel satelit kotak.

LANGKAH 7

Masukkan semula kabel satelit ke kotak anda dan pastikan ia telah diskru ketat.

LANGKAH 8

Hidupkan kuasa kotak anda dan pastikan lampu adapter menyala. Tunggu 5 minit.

LANGKAH 9

Hidupkan kotak. Anda seharusnya tidak lagi mengalami isu ini. Jika isu berterusan, ia mungkin berkaitan dengan isu isyarat.

Pemasangan dalam masa 6 bulan (dalam tempoh waranti): Sila hubungi kami melalui WhatsApp dan sertakan gambar General tab dalam STB DIAGNOSTICS untuk bantuan lanjut.          

Pemasangan selepas 6 bulan (melebihi tempoh waranti): Terdapat caj RM65 untuk lawatan teknikal. Jika anda setuju dengan caj ini, sila hubungi kami melalui WhatsApp dan sertakan gambar General tab dalam STB DIAGNOSTICS untuk bantuan lanjut.

Piring Berpusat

Jika anda menggunakan piring berpusat dan isu ini berterusan, sila rujuk kepada Pengurusan Bangunan sebelum menghubungi kami di WhatsApp